Wednesday 18 September 2013

Arissa 3rd Birthday!!

 
Aiii...salam...

Lama dah momma tidak menulis apa-apa untuk perkembangan dua beradik ni.  Momma minta maaf buat auni n arissa...momma masih lagi mencuba...

Seperti tajuk yang tertulis di atas tu, entry ni dah agak lewat sebenarnya...tapi memandangkan ia moment indah buat kamu berdua, momma gagahi juga untuk menulis sesuatu utk kalian...

Pada 03 Mac 2013 yang lalu, genaplah usia puteri bongsuku 3 tahun...3 tahun yang sangat indah dalam membesarkan arissa hana...seorang anak yang sangat mudah dijaga sejak kecil...seakan mengerti segala susah payah momma dalam membesarkan kamu berdua...

Dilahirkan 3 tahun yang lepas melalui kaedah pembedahan, arissa mempunyai perwatakkan yg sgt berbeza berbanding kakaknya Auni Hanani...arissa seorang yg sgt easy going dan mudah mesra...arissa mempunyai sifat yang keras hati tetapi penuh dengan kasih sayang..arissa seorang yang penuh dengan cita-cita dan keazaman bila melakukan sesuatu..
 
Ini Hadiah untuk besday girl comey momma, hope arissa suka...
 
 
Momma share juga gambar-gambar terbaru arissa...
 







 
Sebelum momma menutup bicara...
 
Arissa Hana,
 
Ketahuilah bahawa setiap detik nafas momma adalah milikmu...
Akan momma korbankan apa sahaja untuk kebahagiaanmu..
Terima Kasih kerana membahagiakan momma...
Selamat Ulang Tahun yang Ke 3 sayang!!!
Momma sentiasa berdoa semoga kamu sentiasa dirahmati dan dilindungi Allah SWT!!
 
Lots of Love From Momma n Kakak Onni!!!

No comments:

Post a Comment