Saturday 30 April 2016

Hibernasi Over!!!

Salam Semua....

Finally, after 2 tahun berhibernasi, insyaallah blog ini akan kembali memuatkan cerita tentang semua ahli di dalamnya..dari keluarga kecil sehinggalah ke keluarga besar, banyak yang akan tuan tanah coretkan didalamnya..dari sekecil-kecil peristiwa sehingga sebesar-besar peristiwa...

Terima kasih buat MyMan yang sudi menghadiahkan medium untuk tuan tanah meneruskan impian dan cita-cita...dan insyaallah, tuan tanah akan berkongsi cerita yang indah-indah dan pengalaman yang pelbagai untuk dijadikan kenangan...

Cukuplah untuk sesi warming up..masih baru dan semangat masih kental..

WithLove,

_Momma AuniArissa_


Wednesday 18 September 2013

Arissa 3rd Birthday!!

 
Aiii...salam...

Lama dah momma tidak menulis apa-apa untuk perkembangan dua beradik ni.  Momma minta maaf buat auni n arissa...momma masih lagi mencuba...

Seperti tajuk yang tertulis di atas tu, entry ni dah agak lewat sebenarnya...tapi memandangkan ia moment indah buat kamu berdua, momma gagahi juga untuk menulis sesuatu utk kalian...

Pada 03 Mac 2013 yang lalu, genaplah usia puteri bongsuku 3 tahun...3 tahun yang sangat indah dalam membesarkan arissa hana...seorang anak yang sangat mudah dijaga sejak kecil...seakan mengerti segala susah payah momma dalam membesarkan kamu berdua...

Dilahirkan 3 tahun yang lepas melalui kaedah pembedahan, arissa mempunyai perwatakkan yg sgt berbeza berbanding kakaknya Auni Hanani...arissa seorang yg sgt easy going dan mudah mesra...arissa mempunyai sifat yang keras hati tetapi penuh dengan kasih sayang..arissa seorang yang penuh dengan cita-cita dan keazaman bila melakukan sesuatu..
 
Ini Hadiah untuk besday girl comey momma, hope arissa suka...
 
 
Momma share juga gambar-gambar terbaru arissa...
 







 
Sebelum momma menutup bicara...
 
Arissa Hana,
 
Ketahuilah bahawa setiap detik nafas momma adalah milikmu...
Akan momma korbankan apa sahaja untuk kebahagiaanmu..
Terima Kasih kerana membahagiakan momma...
Selamat Ulang Tahun yang Ke 3 sayang!!!
Momma sentiasa berdoa semoga kamu sentiasa dirahmati dan dilindungi Allah SWT!!
 
Lots of Love From Momma n Kakak Onni!!!

Wednesday 14 August 2013

#throwback!!

Selamat Malam semuaaaa!!!

Hehehehe...lama sudah tidak mencoretkan apa-apa di kanvas blog ini..hahahaha...macam poyo je kan momma ni? Ha lar iols selalu bajet diri ini retis sangat lar sampai tidak punya masa mau kongsi cerita di dalam ini blog...nasib baik blog ini tidak.berhubung dengan mana-mana agensi kalau tidak sudah pastinya iols kena menjawab kepada pihak produksi...muahahahaha...

Sudah la momma...apa yang kamu merepekkan ini...hahahaha...

Tujuan blog ini dibina dahulu adalah untuk.berkongsi sedikit sebanyak cerita tentang kedua-dua puteri iols yang sedang meningkat usianya...andainya kalian mempertikaikan kenapa momma mengupload cerita mengikut suka hati momma, jangan la kalian menyalahkan momma...tapi salahkan lah teknologi sekarang yang semakin canggih...dengan adanya facebook, instagram dan pelbagai lagi jaringan sosial yang lain...hihihihi...

Entah kenapa malam ini mood momma lebih kepada mengingati kisah-kisah indah dalam membesarkan kalian berdua...bila momma kemas wardrobe arissa...momma terpandangkan deretan baju raya kamu yang masih berada didalam keadaan yang sangat baik...pelbagai cerita dan kenangan yang tersimpan disebalik lipatan baju-baju tersebut...kesemuanya mempunyai detik-detik pengkisahan yang menggembirakan tak lupa juga yang meruntun hati...

Tapi momma tidak berniat untuk bercerita tentang itu....sekarang mari kita lihat pakaian-pakaian raya arissa yang menjadi pelengkap kepada sambutan hari raya Aidilfitri...






Dan kasut raya...


Bila terpandangkan kesemuanya...mengalir air mata ini..betapa anak-anak momma telah membesar...ketahui la kalian...bahawa kalian adalah anugerah terindah dari Allah buat momma...

Untuk itu, Selamat Hari Raya dari kami sekeluarga...

~Momma AuniArissa~

Saturday 8 June 2013

Mereka Berdua!! Terkini!!

Hai...Salam

Momma trying to upload gambar terbaru mereka berdua..

Kepada sesiapa yg merindui mereka berdua...

Hahahahahaha!!!!








Friday 4 January 2013

New Year Update!!

Salam Semuaaa...

Aiiii...apa khabar semua?lama dah momma tak blog in story tentang auni dan arissa kan?but dun worry sebab momma tahu xde siapa yang merindui kami...lagipun blog ini just a memorable digital notes for sharing moments dalam membesarkan auni dan arissa.

Kalau nak bercerita tentang azam tahun baru, memang blog ini termasuk dalam wishlist momma untuk always update perkembangan kedua-dua puteri momma yang comel ini. insyaallah.

Untuk readers yang tengok ataupun membaca blog kami, so sharing wif all of u gambar terbaru kami bertiga. Anak-anak momma semua sudah membesar dengan sempurna. Auni dah berumur 4 tahun 8 bulan dan Arissa dah berumur 2 tahun 10 bulan.

gambar semasa bercuti di Port Dickson
 
Auni telah memulakan persekolahan di Tabika Kemas. Alhamdulillah, permulaan yang baik. Dia nampak sangat gembira cuma ada satu jer soalan dia yang buat momma rasa nak tergelak. Jom ikuti perbualan dua beranak ni:-
 
Auni : momma, kakak tak faham lar (dalam nada berbisik)
Momma : kakak tak faham?tak faham apa?
Auni : sekolah ni lah kakak tak faham.
Momma : apa yang kakak tak faham? (momma bingung dan nak naik angin)
Auni : kakak tak faham kenapa sekolah ni ramai orang!!!
Momma : ???
 
Hahahahaha...lawakkan?tapi momma tak pandang ringan okeh dengan lawak auni tu sebab momma tahu auni seorang yang sangat-sangat complicated...auni tak suka duduk dalam keadaan yang panas, yang ramai orang dan tidak sukakan kebisingan..so mana ada sekolah yang tak ramai orang, tak bising dan tak panas ek?don't tell me yang kakak nak momma enroll kakak kat private school ek? hua..boleh pengsan momma okeh!!!

Momma akan update satu entry khas untuk auni hanani di sekolah baru.

So, untuk semua pembaca blog ainauniarissa, momma tidak berhasrat untuk bercerita panjang untuk first edition tahun 2013..momma just nak sharing sedikit gambar kenangan sepanjang tahun 2012 yang menyelitkan suka duka dalam membesarkan kalian.


auniarissa bersama gadjet masing-masing!!!


ainauniarissa di Pantai!!!
 

arissa in action!!!


momma dan arissa!!!!


auni sidemuk momma!!!


arissa sikuwus momma!!!


auniarissa in study mode!!!


arissa!!!

 
auni!!!!
 
 
Semenjak ada instagram ni, momma banyak meng'upload' gambar dua beradik itu didalam instagram jer..dan sometimes dalam facebook juga..so itu yang menjadikan momma kurang berblogging..namun sebagai diari dalam membesarkan kalian berdua..insyaallah...momma akan terus berblogging untuk anda berdua..
 
Buat kedua-dua Puteri ku,
 
Membesarkan kalian berdua adalah anugerah terindah dalam hidup momma,
Momma akan selalu berusaha memberikan yang terbaik untuk kalian berdua,
Sesungguhnya momma tidak pernah dan tidak akan pernah untuk mengabaikan kalian,
Insyaallah, momma akan sentiasa untuk menjadi momma yang terbaik untuk kalian berdua..
Ingatlah, walau dimana kita berada, walau dimana kita dicampakkan kelak,
Selagi ikatan kasih sayang kita kukuh dan kuat, insyaallah kita pasti bersama...
Ini janji momma buat kamu berdua!!
 
Sehingga itu, salam mesra dari momma Auni Arissa..

 
 
 


Monday 24 September 2012

BBQ Sempena Hari Malaysia

Hai uols...Salam 1Malaysia...
 
Just sharing wif readers tentang aktiviti kami semasa cuti sambutan Hari Malaysia tempohari.
Let's auni continue da story...ahaks...
 
Ceritanya macam nie, momma sy seorang yang sangat bagus bila buat planning last minit...actually im asking momma to bring us (me and my sister) to playground or swimming, but momma refuse, momma said there no such a good place to swim as well as Putrajaya Pool at 11th Percint...bweeks...(dalam kata lain, momma malas sebenarnya)...hahaha....im sorry momma...but i noe, momma takkan marahkan me or my sister echa....momma kan sayang saya...
 

So, i won't let momma easily sleep o rest without do nothing...so i and echa planning to make sure momma do something for us...kan?hahahahaha.....
 
Suddenly, momma came out wif idea...having a BBQ!!!!!hahahaha...so i tell u uols, momma always have a brilliant idea...she always noe how to make us happy...im proud of u momma!!!
 
Around 3pm, momma and ayah amin going to supermarket to bought some stuff as preparation to make a BBQ session.  All members in family having their own part to make sure da party happen...While momma and ayah amin going to da market, uwan is preparing da marinated item for daging, ayam dan udang...
 
Psssttt....momma always told me dats women cannot bubbling...hahaha...because it'll make u look older than ur age, so im giving u all da pictures to share dat momments...
 
early preparation done by momma and uncles
 
wow...sgt2 best!!!
 

arissa in waiting mood
 

the author
 
da ayam panggang...marbeles...
 

 
To all sorry, coz no picture after panggang session...to be truth, all family members are madly hungry n in split second, everything is gone...hahahaha...till then, i'll sharing another story about our holiday okey if my momma giving me a chances to used her blogs...rite momma?
 
To momma, just wanna to says, thank you so much...i noe dat momma is quite tired driving all da way from Putrajaya every weekend just to be wif me...im really appreciate it momma! ur da best momma in da world!and for sure, i'll become a good dotter to u...always ingat pesan momma...jaga diri baik-baik dan belajar rajin-rajin...sob sob sob...luv u so much momma!!!!
 
Regards,
 
AUNI
 


Monday 10 September 2012

Tragedi 09.09.2012

Hai Uols...Selamat Pagi...

Hari ni mendung je kan?camtu lah juga dengan mood momma hari nie...Just sharing wif all readers yang Arissa jatuh di taman pada pagi semalam...akibat dari kejadian tersebut, arissa menerima jahitan di dahinya...

Ceritanya bermula, seawal pagi hari Ahad, kami berdua bercadang untuk menghabiskan hujung minggu bersama kerana ini kali pertama kami berdua tidak balik ke kampung untuk menziarahi uwan n atok di kampung, so awal-awal pagi...momma n arissa bangun n momma masak bihun goreng untuk kami berpiknik di mana-mana taman awam di Putrajaya. First destination kami ke Masjid Putra untuk menikmati sarapan pagi di sana...a few times later, kami decide untuk pergi ke ShangriLa Park sebab kat situ ada playground. Kebetulan pula, ramai riders bicycle n motorcycle kat Masjid Putra which means sgt tidak bagus untuk arissa bermain di situ...

So momma dan Arissa menuju ke ShangriLa Park...Arissa bermain macam biasa...After almost 1hour kami spent time kat situ dan cuaca mulai panas, momma dan arissa siap-siap untuk balik ke rumah dan planning untuk menghadiri jamuan rumah terbuka kawan-kawan pejabat momma...semasa nak menuju ke kereta tulah Arissa terjatuh n kepala dia terkena batu...Momma agak panik!!!! (siap nangis lagi okeh!!!), org ramai dah berkerumun, darah agak banyak...momma kuatkan semangat untuk drive ke Hospital Putrajaya untuk mendapatkan rawatan kecemasan.

Sampai di kecemasan, alhamdulillah..kami mendapat layanan yang sewajarnya...Arissa di rawat dengan baik dan sempurna, plus petugas-petugas hospital sangat ramah...ini semua mengurangkan kegusaran di hati momma...Arissa di xray (momma lupa untuk tanya result xray), luka dicuci dan dijahit....n doktor membenarkan arissa pulang ke rumah....

Momma tak sempat nak snap gambar semasa kejadian berlaku..(gila!!!takkan nak snap kot!!!), so momma cuma ambil gambar Arissa selepas Arissa dibawa pulang ke rumah untuk berehat...





 
 
Arissa anak yang kuat semangat...alhamdulillah, sikit pun tak menangis...alhamdulillah juga sebab tak demam...momma cuma sempat baca yasin n bagi dia minum air yasin untuk pulihkan semangat dia...doa momma semoga Arissa cepat-cepat sembuh...
 
Momma sayang Arissa sangat-sangat...
 
 
^Momma Auni Arissa^