Wednesday 18 September 2013

Arissa 3rd Birthday!!

 
Aiii...salam...

Lama dah momma tidak menulis apa-apa untuk perkembangan dua beradik ni.  Momma minta maaf buat auni n arissa...momma masih lagi mencuba...

Seperti tajuk yang tertulis di atas tu, entry ni dah agak lewat sebenarnya...tapi memandangkan ia moment indah buat kamu berdua, momma gagahi juga untuk menulis sesuatu utk kalian...

Pada 03 Mac 2013 yang lalu, genaplah usia puteri bongsuku 3 tahun...3 tahun yang sangat indah dalam membesarkan arissa hana...seorang anak yang sangat mudah dijaga sejak kecil...seakan mengerti segala susah payah momma dalam membesarkan kamu berdua...

Dilahirkan 3 tahun yang lepas melalui kaedah pembedahan, arissa mempunyai perwatakkan yg sgt berbeza berbanding kakaknya Auni Hanani...arissa seorang yg sgt easy going dan mudah mesra...arissa mempunyai sifat yang keras hati tetapi penuh dengan kasih sayang..arissa seorang yang penuh dengan cita-cita dan keazaman bila melakukan sesuatu..
 
Ini Hadiah untuk besday girl comey momma, hope arissa suka...
 
 
Momma share juga gambar-gambar terbaru arissa...
 







 
Sebelum momma menutup bicara...
 
Arissa Hana,
 
Ketahuilah bahawa setiap detik nafas momma adalah milikmu...
Akan momma korbankan apa sahaja untuk kebahagiaanmu..
Terima Kasih kerana membahagiakan momma...
Selamat Ulang Tahun yang Ke 3 sayang!!!
Momma sentiasa berdoa semoga kamu sentiasa dirahmati dan dilindungi Allah SWT!!
 
Lots of Love From Momma n Kakak Onni!!!

Wednesday 14 August 2013

#throwback!!

Selamat Malam semuaaaa!!!

Hehehehe...lama sudah tidak mencoretkan apa-apa di kanvas blog ini..hahahaha...macam poyo je kan momma ni? Ha lar iols selalu bajet diri ini retis sangat lar sampai tidak punya masa mau kongsi cerita di dalam ini blog...nasib baik blog ini tidak.berhubung dengan mana-mana agensi kalau tidak sudah pastinya iols kena menjawab kepada pihak produksi...muahahahaha...

Sudah la momma...apa yang kamu merepekkan ini...hahahaha...

Tujuan blog ini dibina dahulu adalah untuk.berkongsi sedikit sebanyak cerita tentang kedua-dua puteri iols yang sedang meningkat usianya...andainya kalian mempertikaikan kenapa momma mengupload cerita mengikut suka hati momma, jangan la kalian menyalahkan momma...tapi salahkan lah teknologi sekarang yang semakin canggih...dengan adanya facebook, instagram dan pelbagai lagi jaringan sosial yang lain...hihihihi...

Entah kenapa malam ini mood momma lebih kepada mengingati kisah-kisah indah dalam membesarkan kalian berdua...bila momma kemas wardrobe arissa...momma terpandangkan deretan baju raya kamu yang masih berada didalam keadaan yang sangat baik...pelbagai cerita dan kenangan yang tersimpan disebalik lipatan baju-baju tersebut...kesemuanya mempunyai detik-detik pengkisahan yang menggembirakan tak lupa juga yang meruntun hati...

Tapi momma tidak berniat untuk bercerita tentang itu....sekarang mari kita lihat pakaian-pakaian raya arissa yang menjadi pelengkap kepada sambutan hari raya Aidilfitri...






Dan kasut raya...


Bila terpandangkan kesemuanya...mengalir air mata ini..betapa anak-anak momma telah membesar...ketahui la kalian...bahawa kalian adalah anugerah terindah dari Allah buat momma...

Untuk itu, Selamat Hari Raya dari kami sekeluarga...

~Momma AuniArissa~

Saturday 8 June 2013

Mereka Berdua!! Terkini!!

Hai...Salam

Momma trying to upload gambar terbaru mereka berdua..

Kepada sesiapa yg merindui mereka berdua...

Hahahahahaha!!!!








Friday 4 January 2013

New Year Update!!

Salam Semuaaa...

Aiiii...apa khabar semua?lama dah momma tak blog in story tentang auni dan arissa kan?but dun worry sebab momma tahu xde siapa yang merindui kami...lagipun blog ini just a memorable digital notes for sharing moments dalam membesarkan auni dan arissa.

Kalau nak bercerita tentang azam tahun baru, memang blog ini termasuk dalam wishlist momma untuk always update perkembangan kedua-dua puteri momma yang comel ini. insyaallah.

Untuk readers yang tengok ataupun membaca blog kami, so sharing wif all of u gambar terbaru kami bertiga. Anak-anak momma semua sudah membesar dengan sempurna. Auni dah berumur 4 tahun 8 bulan dan Arissa dah berumur 2 tahun 10 bulan.

gambar semasa bercuti di Port Dickson
 
Auni telah memulakan persekolahan di Tabika Kemas. Alhamdulillah, permulaan yang baik. Dia nampak sangat gembira cuma ada satu jer soalan dia yang buat momma rasa nak tergelak. Jom ikuti perbualan dua beranak ni:-
 
Auni : momma, kakak tak faham lar (dalam nada berbisik)
Momma : kakak tak faham?tak faham apa?
Auni : sekolah ni lah kakak tak faham.
Momma : apa yang kakak tak faham? (momma bingung dan nak naik angin)
Auni : kakak tak faham kenapa sekolah ni ramai orang!!!
Momma : ???
 
Hahahahaha...lawakkan?tapi momma tak pandang ringan okeh dengan lawak auni tu sebab momma tahu auni seorang yang sangat-sangat complicated...auni tak suka duduk dalam keadaan yang panas, yang ramai orang dan tidak sukakan kebisingan..so mana ada sekolah yang tak ramai orang, tak bising dan tak panas ek?don't tell me yang kakak nak momma enroll kakak kat private school ek? hua..boleh pengsan momma okeh!!!

Momma akan update satu entry khas untuk auni hanani di sekolah baru.

So, untuk semua pembaca blog ainauniarissa, momma tidak berhasrat untuk bercerita panjang untuk first edition tahun 2013..momma just nak sharing sedikit gambar kenangan sepanjang tahun 2012 yang menyelitkan suka duka dalam membesarkan kalian.


auniarissa bersama gadjet masing-masing!!!


ainauniarissa di Pantai!!!
 

arissa in action!!!


momma dan arissa!!!!


auni sidemuk momma!!!


arissa sikuwus momma!!!


auniarissa in study mode!!!


arissa!!!

 
auni!!!!
 
 
Semenjak ada instagram ni, momma banyak meng'upload' gambar dua beradik itu didalam instagram jer..dan sometimes dalam facebook juga..so itu yang menjadikan momma kurang berblogging..namun sebagai diari dalam membesarkan kalian berdua..insyaallah...momma akan terus berblogging untuk anda berdua..
 
Buat kedua-dua Puteri ku,
 
Membesarkan kalian berdua adalah anugerah terindah dalam hidup momma,
Momma akan selalu berusaha memberikan yang terbaik untuk kalian berdua,
Sesungguhnya momma tidak pernah dan tidak akan pernah untuk mengabaikan kalian,
Insyaallah, momma akan sentiasa untuk menjadi momma yang terbaik untuk kalian berdua..
Ingatlah, walau dimana kita berada, walau dimana kita dicampakkan kelak,
Selagi ikatan kasih sayang kita kukuh dan kuat, insyaallah kita pasti bersama...
Ini janji momma buat kamu berdua!!
 
Sehingga itu, salam mesra dari momma Auni Arissa..