Friday 6 May 2011

MUsim Demam & Auni DEmam

Salam Semua,

Lama gak lah rasanya tidak mencoretkan cerita tentang kedua-dua puteri ain. Kedua-duanya makin membesar dan semakin nakal.

Cerita dimulakan dengan kisah cuti hujung minggu dan cuti Hari Pekerja yang lalu..Kami sekeluarga telah menghabiskan cuti hujung minggu tersebut di Labis dan Batu Pahat..Memandangkan Nek Long AuniArissa mengadakan sedikit kenduri dan Jiran MIL buat kenduri, so kami sekeluarga pun pulanglah ke sana.

Gambar? he he he (ketuk kepala momma dulu) Momma lupa nak bawak camera lah..but the best part, uwan ngan tok AuniArissa dari Serting pun datang sekali...

Berbalik ke cerita demam Auni...Huh! semalam adalah hari yang mencabar bagi Momma dan Papa AuniArissa kerana Auni demam...satu malam kami tak tidur dengan lena (ceh! ingatkan tak tido langsung! ahaks), puas mama tepid sapu tangan basah kat badan auni..he he he...Saya seorang Momma yang hebat...kesan daripada kehebatan momma itu, demam auni nampak kebah menjelang subuh...Dapatlah mama melelapkan mata sebentar sebelum azan Subuh berkumandang...

So pagi tadi, Momma dan Papa decide nak bawak Auni pergi Klinik, Kami menuju ke Seri Kembangan dan ke Klinik Fadzliyana..After meet da doctors and have some ubat ubat, kami pun pulang..Papa hantar momma ke pejabat dahulu dan hantar auni ke rumah pengasuh selepas itu...

Perkembangan Arissa? wait until next entry k..

Ahaks..