Friday 4 January 2013

New Year Update!!

Salam Semuaaa...

Aiiii...apa khabar semua?lama dah momma tak blog in story tentang auni dan arissa kan?but dun worry sebab momma tahu xde siapa yang merindui kami...lagipun blog ini just a memorable digital notes for sharing moments dalam membesarkan auni dan arissa.

Kalau nak bercerita tentang azam tahun baru, memang blog ini termasuk dalam wishlist momma untuk always update perkembangan kedua-dua puteri momma yang comel ini. insyaallah.

Untuk readers yang tengok ataupun membaca blog kami, so sharing wif all of u gambar terbaru kami bertiga. Anak-anak momma semua sudah membesar dengan sempurna. Auni dah berumur 4 tahun 8 bulan dan Arissa dah berumur 2 tahun 10 bulan.

gambar semasa bercuti di Port Dickson
 
Auni telah memulakan persekolahan di Tabika Kemas. Alhamdulillah, permulaan yang baik. Dia nampak sangat gembira cuma ada satu jer soalan dia yang buat momma rasa nak tergelak. Jom ikuti perbualan dua beranak ni:-
 
Auni : momma, kakak tak faham lar (dalam nada berbisik)
Momma : kakak tak faham?tak faham apa?
Auni : sekolah ni lah kakak tak faham.
Momma : apa yang kakak tak faham? (momma bingung dan nak naik angin)
Auni : kakak tak faham kenapa sekolah ni ramai orang!!!
Momma : ???
 
Hahahahaha...lawakkan?tapi momma tak pandang ringan okeh dengan lawak auni tu sebab momma tahu auni seorang yang sangat-sangat complicated...auni tak suka duduk dalam keadaan yang panas, yang ramai orang dan tidak sukakan kebisingan..so mana ada sekolah yang tak ramai orang, tak bising dan tak panas ek?don't tell me yang kakak nak momma enroll kakak kat private school ek? hua..boleh pengsan momma okeh!!!

Momma akan update satu entry khas untuk auni hanani di sekolah baru.

So, untuk semua pembaca blog ainauniarissa, momma tidak berhasrat untuk bercerita panjang untuk first edition tahun 2013..momma just nak sharing sedikit gambar kenangan sepanjang tahun 2012 yang menyelitkan suka duka dalam membesarkan kalian.


auniarissa bersama gadjet masing-masing!!!


ainauniarissa di Pantai!!!
 

arissa in action!!!


momma dan arissa!!!!


auni sidemuk momma!!!


arissa sikuwus momma!!!


auniarissa in study mode!!!


arissa!!!

 
auni!!!!
 
 
Semenjak ada instagram ni, momma banyak meng'upload' gambar dua beradik itu didalam instagram jer..dan sometimes dalam facebook juga..so itu yang menjadikan momma kurang berblogging..namun sebagai diari dalam membesarkan kalian berdua..insyaallah...momma akan terus berblogging untuk anda berdua..
 
Buat kedua-dua Puteri ku,
 
Membesarkan kalian berdua adalah anugerah terindah dalam hidup momma,
Momma akan selalu berusaha memberikan yang terbaik untuk kalian berdua,
Sesungguhnya momma tidak pernah dan tidak akan pernah untuk mengabaikan kalian,
Insyaallah, momma akan sentiasa untuk menjadi momma yang terbaik untuk kalian berdua..
Ingatlah, walau dimana kita berada, walau dimana kita dicampakkan kelak,
Selagi ikatan kasih sayang kita kukuh dan kuat, insyaallah kita pasti bersama...
Ini janji momma buat kamu berdua!!
 
Sehingga itu, salam mesra dari momma Auni Arissa..