Thursday 1 March 2012

Menghitung Hari (Special Dedicated to ARiSsa HaNa)..

Salam Semua....Sorry, lama dh tak update cerita pasal budak dua nie..huhuhu...

Actually, banyak yg momma nak share dengan uols semua...momma skrg dah ada baby baru tau...kawan auni n arissa...hahahah...mesti uols tertanya-tanya siapa kan?actually ianya bukan siapa tapi apa...hahahaha...lagi uols stress nak teka kan? hahaha..insya'allah...nanti momma reveal in next entry okeh...hahaha..

Bila dah masuk bulan Mac nie, ada beberapa orang akan menyambut besday in my family...he3...and seorang daripada mereka ialah my dearest daughter...Arissa Hana...

Mereka yang berkongsi bulan kelahiran dengan Arissa ialah Uwan Arissa (my lovely ebu)(10 Mac) and Ommie Arissa (my sister)(15 Mac)...

Menyoret sedikit tentang kelahiran puteri kedua ku ini...hehehehe....

Arissa dilahirkan pada 03 Mac 2010, tepat pada jam 2.55 petang melalui pembedahan...
Arissa diberi nama oleh papanya "Nur Arissa Hana" yang membawa maksud Cahaya Keazaman dan Kebahagiaan...dan sememangnya itulah harapan kami sebagai ibu dan ayah..Semoga cahaya mata kami ini memiliki kedua-dua sifat terpuji ini iaitu 'azam' dan 'bahagia' di dunia dan akhirat...insyaallah..

Arissa adalah anak yang paling mudah untuk dijaga..bermula dari dalam kandungan lagi, perjalanannya sangat mudah...Momma hanya menyedari Arissa dalam kandungan ketika kandungan momma mencecah 6 bulan...terasa kekesalan bila tidak menjaga diri dan kandungan...namun, alhamdulillah...arissa dilahirkan dengan sempurna....Sepanjang mengandungkan arissa, momma menjadi seorang wanita yang sangat tabah, kuat semangat n cekal...tidak pernah teringin untuk makan apa-apa (mengidam) dan proses melahirkannya juga mudah...walaupun Arissa dilahirkan secara pembedahan sama seperti kakaknya, namun momma tetap merasakan kelahirannya adalah mudah...alhamdulillah...

Ya Allah, Ya Tuhanku..terima kasih kerana memberiku peluang untuk menjadi seorang ibu...Terima kasih kerana menganugerahkan ku dua permata yang tidak boleh ditukar ganti..Sesungguhnya aku adalah insan yang sangat bertuah di muka bumi ini dengan adanya harta kurniaanmu Ya Allah....Aku sentiasa berdoa semoga diberi kekuatan dan kesabaran dalam membesarkan kedua-dua puteriku ini,

Untuk Puteri ku Arissa,
Kelahiranmu telah melengkapkan hidupku sebagai seorang ibu,
Kelahiranmu membuatkan aku sedar tanggungjawab ku sebagai seorang ibu,
Kelahiranmu membuatkan aku menghargai kasih seorang ibu,
Kelahiranmu memberikan 1001 kemanisan dalam hidupku,
Sesungguhnya...Kau lah segalanya...
Kau lah racun dan penawar dalam kehidupan seorang insan bergelar momma...
Terima kasih kerana hadir dalam hidup momma...

Permata Hatiku...Arissa Hana Azamir...






'Mmmmuuuuaaahhhhhh.....'

'Momma sayang echa'

- Momma Auni Arissa - 






No comments:

Post a Comment