Friday, 14 October 2011

My Sweet Auni Arissa

Hai Uols... Lama dah rasanya tidak menulis sejak entry raya hari tu..Sibuk sangat ker momma auniarissa nie? hahaha..jawapannya adalah tidak...cuma penyakit 'M' yang takde ubatnya ini.. Entry ni pun momma duk tangguh-tangguh...Momma auniarissa ni persis pegawai padahal hanya seorang PA pegawai jer..ahaks..

Actually entry kali ni momma buat khas untuk budak berdua ni..lagipun memang blog ini untuk menceritakan kisah dan pengalaman membesarkan dua beradik nie..tapi asyik malas jer nak upload citer baru (andai auni n arissa jumpa blog ni satu hari nanti, maafkan momma yer..mama akan terus mencuba...) ahaks..

Kalau nak diikutkan, tiap-tiap hari ada jer cerita baru yang budak dua ni buat..memang banyak nak dicerita..cuma kekangan masa dan kemalasan yang melanda, menjadikan momma simpan semua memori tersebut dalam kepala..nasib baik tuhan jadikan ruang kepala momma ini tanpa limit, kalau tak mesti sudah penuh hooooo....

Nows, let's talking about both of them...

Auni dah berumur 3 tahun 5 bulan... Setiap hari sibuk bertanyakan momma bila nak 'shupin' baju sekolah dia..auni dah tak sabar nak pergi sekolah tau..now momma tengah servey-survey mana-mana sekolah yang bagus dan hampir dengan rumah, supaya senang untuk momma hantar dan amik..plus kerjaya momma menjadikan momma tidak boleh sewenang-wenangnya untuk keluar dan masuk opis (momma seorang pekerja berhemah tau!!!)..so sebelum nak hantar auni  ke sekolah, momma kena fikir transportation n everything for her own good... let's do it faster momma..... Auni so eager nak gie school....


Arissa pulak dah berumur 1 tahun 7 bulan.. seorang yang sangat baik hati..kalau nak mintak tolong, arissa adalah orang yang paling rajin dalam rumah...tapi arissa agak garang orangnya.. he he he...menurun perangai momma kot..ahaks..arissa jugak ada lagu kegemaran..arissa sangat suka menyanyi lagi 'burung kakak tua' especially bila sebut 'letcum..letchum...' ahaks...


that's the latest story bout both of them.. penawar kedukaan momma, pengubat kepenatan momma, pencetus kemarahan momma...segala-galanya lah... momma sangat sayangkan dua permata hati ini..momma janji dalam diri untuk memberikan yang terbaik untuk budak berdua ini selagi hayat dikandung badan..

Lot's of love,
Momma AuniArissa

Tuesday, 20 September 2011

Salam Syawal

Salam..masih lagi dalam bulan Syawal kan? So salam lebaran dari kami sekeluarga. Macamana raya uols tahun nie? Mesti meriahkan? Kami? Raya kami macam biasa jugak lah..cuma sejak AuniArissa dah semakin besar dan pandai bergaya nie..hehehe..paham-paham jer lah..

Tahun ni 'turn' beraya kat kampung momma di Serting. Mesti bestkan? huhuhu..dapat jumpa semua..Tahun nie AuniArissa pakai baju kebaya berhari raya tau..hehehe..Nak tengok gambar? Next entry nanti momma post eh..sebab semua gambar kat untie n uncles AuniArissa..

Before momma tutup entry ini..Just wanna to wish 'Selamat Hari Raya Aidilfitri dan Maaf Zahir Batin" dari kami sekeluarga.

- Momma AuniArissa -

Wednesday, 20 July 2011

Dah Besar Rupanya Anakku

Hai semua... hari ini ain nak bercerita lagi tentang keletah yang dibuat oleh Auni...

Semalam petang, semasa ain mengambil auni dari rumah pengasuh.. Pengasuh auni bercerita tentang auni.. Dalam hati ni terdetik, apalah yang anakku telah lakukan..Tambahan pulak bila 'intro' pengasuh auni mengatakan yang hari ini auni telah buat dia sangat-sangat sedih!!! Fuh!!! Seram tau momma...he he he..

Berikut ialah perbualan antara auni dengan mak (pengasuhnnya):

Auni  : Mak! mak dah makan ubat belum?
Mak : Kenapa (dalam keadaan terkejut..)
Auni : Mak pergilah makan ubat cepat...
Mak : Kenapa? (mak still tertanya-tanya..)
Auni : Mak makanlah cepat..nanti kalau mak sakit, sapa yang nak jaga auni..
Mak : Speechless (hanya mampu mengalirkan air mata...)

Begitulah perbualan singkat antara seorang anak asuhan dengan pengasuhnya.. Kalau pengasuh auni yang tidak melahirkan auni pun boleh menitiskan air mata..apatah lagi ain yang melahirkannya...

Jujur, ain sangat-sangat bersyukur dianugerahkan allah sebutir permata yang sangat-sangat menenangkan hati dan mendamaikan jiwa... Momma sangat bangga auni..sangat bangga memiliki mu sebagai seorang auni... Walaupun usiamu baru menjangkau 3 tahun setengah, namun keprihatinan mu sangat-sangat momma bangga...

Wahai anak-anakku, membesarlah menjadi anak yang membahagiakan momma dan juga papamu...



~ Momma Auni dan Arissa ~

Monday, 27 June 2011

Kisah 2 Puteri

Hai..Salam Semua...

Macam yang Momma AuniArissa janji sebelum-sebelum ini untuk update perkembangan 2 puteri cumil kami. Auni dan berumur 3 tahun 2 bulan dan Arissa dah berumur 1 tahun 3 bulan..Bercerita tentang perkembangan dua beradik ni, Huh! penuh dengan cabaran dan 'adventure'nya yang tersendiri..Kadang2 membuatkan momma mereka ini sangat marah tapi kadang-kadang terhibur dan tersenyum sorang-sorang...

Sharing wif all of u..their latest pictures...
Kakak yang semakin membesar

Kakak @ Auni yang Demoks

Adik @ Ica yang Kurus

Arissa wif her car


Kedua-dua puteri harapan momma dan papa

Untuk kedua-dua puteri momma dan papa,

Auni Hanani dan Arissa Hana,

"Sesungguhnya..tiada apa yang lebih membahagiakan momma dan papa selain dari memiliki kamu berdua sebagai hadiah yang paling berharga dalam hidup kami.. Kami (momma dan papa) akan cuba memberikan kamu berdua yang terbaik, membesarlah menjadi anak yang baik dan membahagiakan kedua-dua ibu dan bapamu..Sesungguhnya hanya Allah yang tahu betapa kasih dan cintanya kami kepada kamu..."

..xoxoxo..

Momma...





Monday, 6 June 2011

Cuti Sekolah Auni dan Arissa

Ahaks!!! hai semua...
Bila lihat tang tajuk, macamlah auni dengan arissa dah sekolah kan? he he he..
Sajer jer momma nak buat gempak, ekceli last weekend auni dan arissa jalan2
si Melaka Bandaraya Bersejarah...Sempat jugak mandi manda kat Melaka
Wonderlands...untuk itu, wait for next entry...gambar dan cerita panjang...
Melaka Wonderland Theme Park & Resort

Momma yang sangat malas tau..he he..

Keep in touch again!!!

Friday, 6 May 2011

MUsim Demam & Auni DEmam

Salam Semua,

Lama gak lah rasanya tidak mencoretkan cerita tentang kedua-dua puteri ain. Kedua-duanya makin membesar dan semakin nakal.

Cerita dimulakan dengan kisah cuti hujung minggu dan cuti Hari Pekerja yang lalu..Kami sekeluarga telah menghabiskan cuti hujung minggu tersebut di Labis dan Batu Pahat..Memandangkan Nek Long AuniArissa mengadakan sedikit kenduri dan Jiran MIL buat kenduri, so kami sekeluarga pun pulanglah ke sana.

Gambar? he he he (ketuk kepala momma dulu) Momma lupa nak bawak camera lah..but the best part, uwan ngan tok AuniArissa dari Serting pun datang sekali...

Berbalik ke cerita demam Auni...Huh! semalam adalah hari yang mencabar bagi Momma dan Papa AuniArissa kerana Auni demam...satu malam kami tak tidur dengan lena (ceh! ingatkan tak tido langsung! ahaks), puas mama tepid sapu tangan basah kat badan auni..he he he...Saya seorang Momma yang hebat...kesan daripada kehebatan momma itu, demam auni nampak kebah menjelang subuh...Dapatlah mama melelapkan mata sebentar sebelum azan Subuh berkumandang...

So pagi tadi, Momma dan Papa decide nak bawak Auni pergi Klinik, Kami menuju ke Seri Kembangan dan ke Klinik Fadzliyana..After meet da doctors and have some ubat ubat, kami pun pulang..Papa hantar momma ke pejabat dahulu dan hantar auni ke rumah pengasuh selepas itu...

Perkembangan Arissa? wait until next entry k..

Ahaks..

Monday, 18 April 2011

2nd Entry

Salam Semua..
Hai, this is my second entry, ingatkan misi untuk mecipta blog sendiri tidak tercapai, tapi rupa-rupanya..
i did my second entry..as i promised earlier...i create this blog just for my auni and arissa..sorry ya gurls, momma just nak try test...ahaks...now! i'm officially a blogger...maybe this blog will be ur sweet memories rising both of my princess...

Till then, i'll stop dulu k...

See uols in next entry...